Wednesday 30 January 2013

Cinta tak Direstui


Entry kali ne bukan lah nak cerita pasal hidup saya.. tapi tiba-tiba pula teringat satu cerita masa dengar lagu st12 - cinta tak direstui

Ok.. saya akan ceritakan cerita yang perna saya baca semasa saya di tingkatan 3 . . ...

Cerita ini menceritakan tentang sepasang kekasi yang kehidupannya sangat bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan mereka seperti pasangan lain juga, ada pegangan, ada  dan ada pupuk untuk hidup bersama. Seperti pasangan lain juga, antara mereka sering juga jadi salah faham.  Tapi salah fahan yang terjadi antara mereka tak perna menjejaskan hubungan antara mereka.   Salah faham di jadikan pengajaran untuk membaiki hubungan dan mematangkan diri.

Sampai satu masa, di mana pasangan tersebut rasa dah sampai masa untuk ke fasa seterusnya.  Berjumpa dengan keluarga masing-masing.  Permualaan cerita memang indah sehingalah berjumpa keluarga dari pihak lelaki yang tak bersetuju akan hubungan mereka jalankan. Keluarga lelaki terlalu mementingkan darjat dan kedudukan.  Memandangkan keluarga dari pihak perempuan orang yang biasa-biasa saja, jadi keluarga dari pihak lelaki kurang berminat dengan calon untuk satu-satunya anak lelaki mereka. 

Selepas pasangan tersebut berbincang, mereka membuat keputusan untuk berkahwin walaupun tanpa restu dari pihak lelaki. Awal cerita segalanya indah. Suka duka selalu bersama, tak kira apa yang terjadi mereka akan tempuhi dengan hati yang terbuka , sehingalah sampai satu masa yang lelaki itu dibuang kerja disebabkan oleh berlaku kecurian duit syarikat yang besar.  Selepas hilang mata penarian, hubungan mereka mula renggang, sering berlaku salah faham. Tekanan yang dihadapi menyebabkan suaminya membuat keputuan untuk balik ke tempat keluarganya dan sementara isteri menunggu suaminya pulang kerumah untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinannya dan ada kejutan yang besar untuk suaminya...
Jam tepat pukul 12.00am tapi bayang suaminya tak muncul juga. Mula timbul kerisawan dalam hati si  isteri sambil menggusap air mata. Sehingalah isterinya terjaga dari tidur, suaminya tak kelihatan juga di pandangan. Hari saat itu isterinya tahu yang suaminya dah pergi tinggalkan dia tanpa sebarang kata. Apa yang mampu dia lakukan hanya menangis...

Dua tahun berlalu, baru suaminya kerumah tempat dia tinggal bersama isterinya. Kelihatan dari luar tak dah yang beruba pada rumah tersebut masi cantik dah kemas lagi sama seperti saat dia meninggalkan pada dua tahun lalu.  Tanpa berfikir panjang suaminya terus menggetuk pintu rumah beberapa kali, ternyata tak dah balasan. Dia terus membuka pintu dan memberi salam.  Masuk saja dia di dalam terus terkejut melihat mayat isterinya sambil mendukung babynya.  Terkaku dia melihatnya terkeluh lidah untuk berkata, Cuma air mata saja yang dititiskan.  Perlahan-lahan dia mendekati mayat isterinya yang duduk diruang tamu rumahnya.  Saat dia mengusap waja isterinya yang hampir rapu, dia melihat ada sepucuk surat yang ditinggalkan khas untuk suaminya~

“Saat abg membaca surat ini mungkin, saya tak dah lagi didunia ne..., abg saya minta maaf sebab saya tak dapat jadi isteri yang baik untuk abg dan saya minta maaf sebab saya tak dapat melahirkan anak kita dengan sempurna yang menyebabkan baby girl kita tak dapat melihat bumi allah yang indah ne..., mengenali abg adalah satu anugera yang terindah untuk saya, banyak bendah yang abg ajarkan kepada saya maksud kesetiaan, ketabahan dan cinta hinga akhir hayat. Ada bendah yang membuat saya tertanya-tanya,minta maaf kalau saya biadap, tapi kenapa abg tinggalkan saya saat ulang tahun perkahwinan kita? Ada silap yang saya lakukan ?abg nak tahu Saya dah buat kan abg kek kegemaran abg, harap kek yang khas untuk abg masi baik lagi, abg nak tahu tak, saya bertua dapat abg dan lagi satu, saat ulang tahun perkahwinan kita, saya ada kejutan untuk abg, saya nak bagi tahu abg yang saya megandung anak kita yang pertama. Itu saya... saya doakan agar ada wanita yang boleh jaga abg sebaik saya..

Assalamualaikum”

Kejutan yang nak si isteri beritahu suaminya adalah anak yang tengga dia kandungkan....ejak hari itu, suaminya jadi macam orang yang kehilangan arah hidup dan dimasukan ke hospital mental...


Itu saja yang dapat saya kongsi, harap boleh dijadikan pengajaran... hargailah selagi orang yang penting itu masi ada depan mata kita ne....

Akhir kata dari saya....
Wasalam J

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....