Thursday 24 January 2013

Kelebihan dan Kekurangan Windows 8

Assalamualaikum dan selamat sejatera semua



Dah lama agaknya saya tak update blog ne, so memandangkan sekarang saya baru juga habis update windows7 kepada windows7 jadi nak cerita sikit tentang kelebihan dan kebaikan windows8 ne.. kalau nak buat tutorial cara install win8 ne tak reti pula.. sebab saya pun habiskan masa satu malam nak install bendah ne...baru nak install win8 ne dah lama,belum lagi cerita masa nak cari booting key untuk install.emmmm..ok lah kalau nak cerita tak habis....dan saya mula cerita seperti tajuk diatas  :-

Macam yang kita tahu, semua windows yang dikeluarkan mempunyai pelbagai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.. sama lah juga macam win8 ne..

Kelebihan Windows 8

    -> Dioptimalisasi untuk skrin sentuh
    Windows 8, interfacenya yang digelar sebagai Metro benar-benar dioptimumkan untuk sentuhan dengan wujud ala interface Windows Phone. walaupun menggunakan tetikus, bila menggunakan windows 8 ne seperti mengunakan smart fon.

    -> Masa boot yang singkat
    Boot Windows 8 dalam demonya hanya berlangsung dalam 8 saat. Sebuah masa yang jauh lebih singkat berbanding booting di Windows versi sebelumnya.

    -> Windows 8 tidak memerlukan upgrade PC
    Microsoft menyatakan komputer yang boleh menjalankan Windows 7 boleh pula menjalankan Windows 8 sehingga user tak perlu upgrade PC. Menurut Microsoft, pemproses Intel Atom dan RAM 1 GB sudah cukup untuk menjalankan OS ini..

    ->Kedai aplikasi Windows Store
    Windows 8 akan mempunyai kedai aplikasi sendiri yang dinamakan Windows Store. Windows Store menyediakan pelbagai aplikasi yang dioptimumkan untuk Windows 8.

    Kelemahan Windows 8

    ->Sukar berpindah antar screen.
    Tidak adanya fungsi Alt-Tab seperti apabila bekerja dengan desktop dan keyboard untuk bertukar dari satu app ke app yang lain mungkin merupakan perkara yang sangat sulit. Sebagai gantinya, di Windows 8 Metro UI kita tidak boleh menggunakan pointer atau finder untuk meletakkan screen di sisi kiri dan melakukan drag. Kedengarannya sangat remeh, tapi masalah akan muncul apabila kita bekerja dengan banyak aplikasi. Tidak ada cara cepat dan mudah untuk bertukar antara aplikasi. Jika menggerakkan mouse ke arah kiri, maka sebuah icon akan pops up. Dan jika tidak tepat maka kita perlu klik beberapa kali atau cuba lagi.

    -> kandungan Flash di Tablet PC.
    Ternyata Microsoft memang sengaja membuat Windows 8 ini tidak boleh menyokong kandungan Flash di Tablet PC. Alasan Microsoft melakukan hal ini adalah untuk menjimatkan bateri Tablet. Selain itu juga dapat melindungi privasi Tablet kita dan meningkatkan keselamatan. Hal ini kerana pada beberapa aplikasi dan peranti elektronik yang lain, penggunaan kandungan Flash justeru menyebabkan data rosak atau crash.

    Ini saja yang saya tahu tentang windows 8 ne, harap para pembaca yang ingin tukar ke windows 8 ne jangan hanya membuat penilayan kepada apa yang rakan-rakan ada kata kan... "cuba dulu baru tahu" macam mana rasa mengunakan windows 8 ini... kepada yang kaki game.. jangan risau win8 dapat terima pelbagai Pc Game.. asal tahu macam mana cara install yang betul!

    start menu

    dekstop win 8

    cuaca

    ini lah store yang saya katakan sebenar tadi..

    Cuba dan nila macam mana kelebihanya...... ok.. itu saja yang saya nak kongsi yang saya dapat dari pengalaman install windows 8 dan mengunakanya ,, so akhir kata  dari saya . . . . (loading).. . .  ..
    Wasalam~ (^_^)


    No comments:

    Post a Comment

    Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....