Sunday 14 December 2014

Story in First Sem TKS 1

Assalamualaikum ::

Cuti sem dah tiba dah, dan itu maknanya final exam dah tamat, pembelajaran di semester satu pun dah selesai. Sepanjang satu semester ne macam-macam dah jadi. Dari awal masuk hingga tamat sem satu ne. Semua classmate dah balik kampung halaman, dekat group pon banyak dah kata rindu you all !! sedangkan cuti baru ja bermua. Apa agaknya akan jadi jika kami sekarang di sem tiga. mesti berat rasa perpisahan tue. Mungkin terlalu awal nak kata pasal perpisahan ne, Cerita baru nak mula. banyak lagi benda akan jadi nanti. just kena tunggu dan lihat saja. mesti banyak benda yang menarik akan jadi, Sampai rasa tak sabar pula nak start semester baru.

Perjalanan masa final exam taklah menarik sangat. Apa taknya study last minit, kena korbankan satu hari untuk cover enam subjek teras. Masa tidur dah tak dah lagi. nasib baiklah dapat jawab juga masa final exam tue. sekarang tinggal tawakal lagi, dan harap semua dapat keputusan yang baik. Amin~

the best moment time 15-16 November 14. masa ne macam-macam dah jadi. dan masa ne juga ada benda yang saya nak betulkan, samapi sekarang benda ne tak dapat saya lupakan. Tapi apa yang jadi pada hari ne ajar saya satu benda, "the best time is the most painful to remember". walau macam mana pun kita cuba nak elak, masa yang terbaik selalu akan muncul tanpa kita sedari walaupun hanya satu saat.
My Classmate TKS 1

Perjalanan baru saja nak bermula, rasanya terlalu awal nak bahas pasal moment yang terbaik. Banyak lagi benda yang akan jadi nanti. hope semua akan jadi lebih baik~

having time together

Friday 21 November 2014

birthday ke 21

Assalamualaikum~

minggu-minggu nak dekat final ne, dah macam tak dah masa nak buat rutin harian. dari hari isnin tue lagi, kerja tak perna habis, ada jer kena nak buat. ohh god!! life student macam tue lah~ .. niat kat hati ne update entry hari tue lagi, tapi memandangkan tak dah masa, so tak boleh nak buat apa la~ kena siapakan tugasan dulu. at last, siap juga tugasan walaupun ada lagi lahh sikit kena siapakan. 

Sepanjang minggu ne tak dah juga benda yang menari jadi cuma masa hari isnin 10.11,2014 merupakan tarikh birthday saya. wahh saya dah genab 21 dah. dari 20 ke 21, semakin pantas pula rasa masa ne berlalu. niat masa birthday ke 20 semua dah tercapai, cuma ada satu lagi tenga ongoing. apa pun~ hope semua yang di rancang berjalan dengan lancar .. walaupun tak semua yang diharapkan menjadi, sekurang kurangnya dapat memperbaiki diri sendri.

Wednesday 5 November 2014

sembang² kosong

Assalamualaikum ::

Hari ne agak terkilan sedikit. memang benda macam ne pasti akan jadi. hari ne lagi ada orang yang i trust tapi tak sangka pula sebenarnya tak boleh diharap! tak sangka betul. nak tak nak ja layan tadi, tapi apa boleh buatlah~  mungkin betullah apa yang kawan saya cakap tue, masa ne tak dah lagi kawan yang betul-betul boleh dipecaya. semua dah jelas juga. sekarang dah tau dah sifat sebenar dan saya rasa sangat-sangat rasa bersalah pada someone ne, i'm so sorry .. i don't mean too ... huhu 

Jadikan ini sebagai satu pengajaran. tadi lagi satu benda yang saya betul-betul tak sangka di soalan soalan macam tue, kenapa agaknya dia tak habis mempersoalkan benda macam tue? saya tak faham sebenarnya apa yang berlaku, yang penting kebenaran ,, macam manapun, kebenaran akan selalu ada. lambat atau tidak pasti akan diketahui juga.

Buat semua benda jadi muda, menghindar dari benda yang tak patut. Try to be someone yang berbeza walaupun benda tue tak patut. tapi takpah la~ kadang kala kita kena jadi orang lain untuk faham seseorang. if you want something, what will you do? ..

Setiap perbuatan, pasti ada akibat yang kita dapat, dan semua benda yang kita lakukan takkan lari dari membenci. tak bestkan kalau kita dah benci seseorang tue. apa lagi kalau kita kena hadap dia 24 jam. tapi macam manapun bencinya kita pada dia, pasti akan ada perasan sayang yang akan timbul. Cepat atau lama tue bukan persoalan, yang pasti akan adapunya~ i love you not just a word ... but i can show you that's how much i love you ...

Thursday 30 October 2014

busy week ..

Assalamualaikum~

Hari ne ringan tangan ne nak update, pasal apa agaknya~ tak dah sebab juga sebenarnya cuma nak tulis cerita tentang engkau dan dia~ macam lirik dalam lagu pulakan. sebenarnya malam ne saja nak mengarut jer, dah lama tak updatekan, so jom kita mula mengarut.

Sepanjang satu minggu ne betul-betul full dengan test yang tak perna stop! sampai rasa penat sangat nak belajar ne. tapi apa nak kata, dah macam tue adat belajarkan. kalau nak bandingkan bila kerja nanti,lagi penat, cuma masa belajar ja ne dapat enjoy dan rasa semua benda macam ne. dari hari isnin tue mula dah penilayan di amabil, ia lebih kurang macam test juga. cuma ia ada beza dengan yang lain-lain.. walaupun nampak senang tapi sakit kepala juga la~ masa ambil test tue rasa tak puas hati memang selalu ada, tak perna lari, tak tahu kat mana yang silap. tapi tak pah~ yang penting dah buat yang terbaik. tinggal satu lagi test untuk subjek komputer ne. hope semua ok jer, bukan pada saya ja, pada classmet juga. 

Pada masa yang sama, banyak lagi benda yang jadi, cuma rasanya saya tak nak bahas benda tue kat sini. takut banyak yang akan salah faham. mungkin sebab saya ne pengecut kutt, atau memang pengecut punnnn .. haha, bukan juga macam tue cuma saya tak nak satu benda jadi panjang. kalau dah satu benda yang kecil dah jadi panjang, kmu pun tau la kannn apa yang akan jadi. letakakn perasaan ketepi. utamakan hati c playboy dulu.. sakit pula hati!

oke tuk hari ne, hari ne jer dapat rehat..... isnin ada test lagi.. dah lah test pasal virus ! oww god! masa kan berjalan dengan pantas, macam tue juga perasaan.. harap-harap ia akan beruba~ hehe 

Walaikumsalam :)

Tuesday 7 October 2014

The Things that I Must to Do

Assalamualaikum ::

Agaknyakan apa agaknya berlaku kalau benda yang kita betul BETUL harapkan kita dapat? mesti happykan. Tapi jarang apa yang kita nak kita akan dapatkan, kenapa agaknya? setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya. So kita tak perlu nak persoalkan. Lihat pada sudut positif pasti ada kebaikannya c: 

Hari ne sampai jam 2 pagi kena cerama free oleh "FF". Apa agaknya salah saya kalau saya nak buat keputusan sendiri. Saya tahu nak buat keputusan, walaupun saya banyak buat keputusan ikut hati yang tenga marahh macam ne. Semua benda dah jadi macam ne, saya tak boleh buat apa dah. Saya dah tetapkan apa yang saya fikirkan. Maaflah, bukan saya nak pertikaikan apa yang FF nasihatkan, cuma dah benda ne walaupun keputusan yang saya akan buat ne akan timbulkan kesan yang besar :c

Saya betul Betul minta maaf, ada masanya benda remeh ne akan bagi banyak kesan dengan apa yang jadi pada masa akan datang. Jadi rasanya saya dah tetapkan. Hope kamu dapat terima terutama kau FF. Saya untung sebab dapat kawan macam kamu yang always ambil berat, walaupun saya tahu tujun semua ne. Saya tak salahkan kau pasal ne, saya terima semua dengan hati yang terbuka dan saya tahu semua ne ada betulnya juga. c:

Masa akan bergerak sangat pantas, dan sampai satu masa yang dah di tetapkan, pasti benda ne akan jadi satu kejutan yang sangat besar c:  walaupun hilang tampa kabar bukanlah satu benda yang sopan. Tapi tak pa, kalau saya tak dah pun takkan ada apa apa yang berubah. mungkin lagi baik kalau saya tak dah kan.. c: sekarang dah samapi part tuk habiskan masa yang tingal, tak lama lagi dah masuk sem 2, itupun kalau sampai lah~ :p 

itue jer tuk hari ne, esok ada class nak masuk, Tq to you FF,  Walaikumsalam c:

Tuesday 30 September 2014

Story Of My Bff :)

Assalamualaikum ::

what i think i must update for today?  i don't have any idea. but have something i want to talk about . hurm , u know, i don't want to have any problem with anyone else, but now?! what can i do if be like this? urm, i can't do nothing., huhu ya, i'm sad.. :c

maybe that trut right? never trust someone right? u.. can i ask u something? do you have anyone that u must take care of?,, STOP HAN... STOP TALK NONSENSE !!! Sorryyy .. saya be EMO lagi, sebenarnya hari ne saya nak cita entry pasal someone. Orang yang saya nak cerita ne boleh dikatakan kan kawan??!! urmm bukan kawan, tapi bukan lawan juga. Cuma ada something yang dengan someone ne yang saya tertarik nak cerita. Someone ne, macam yang saya katakan tadi, dia ne bukanlah kawan saya dan bukan juga lawan saya, tapi saya still nak cerita pasal dia ne. Saya bukanlah jenis orang yang senang nak berdendam, bukan juga jenis orang ya suka nak mengata. Kali ne saya bukan nak mengatah orang ne atau nak kata buruk pada dia tapi ada saya tertarik dengan semangat dia. WAhhh semangat yaa,, 

Sebenarnya orang yang saya nak katakan ne seorang lelaki, bukanlah perempuan. jarang saya nak cerita pasal lelaki ne melainkan ada benda yang ddah dia buat tarik minta saya nak cerita pasal dia. Apa agaknya yang dia dah buat agaknya?! kalau saya cerita panjang lebarpun bukanlah menarik sangat, cuma dia tarik minta saya sebab dia tak perna putus asa walaupun dah berulang kali di PERBODOHKAN! kalau saya lahkan jangan harap ada peluang kedua untuk orang yang macam tue, tapi dia, still lagi peluang. Kadang kala saya pula nak marah dengan apa yang jadi pada dia, tapi apa yang boleh saya buat? hanya mampuh lihat dah tegur jer. Dia nak dengar atau tak tue dah dari dia jer, saya dah tak boleh kata salah nak kata saya betul pun tak boleh juga.

Banya benda yang saya dah belajar dari dia, tak kisah baik atau buruk, tapi nak ikutkan tak benda burukpun yang dia ajar, sebab semua benda yang baik jer dari dia. Nak katakan saya mungkin yang banyak pengaruh tak baik, ahahahaha. saya harap saya bole jadi macam dia satu hari nanti, berani jujur dengan perasaan sendiri, tapi bolehkah? rasa macam tak jer kan. Saya tak dah keberanian macam tue.

Setiap yang jadi pasti ada sebabkan, macam tue juga dengan seseorang tue. Dia macam tue pasti ada sebab sendiri, macam tue juga saya, yang tetap dengan apa yang saya rasakan. Hati masing-masing. Orang nak kata baik atau baik belakang cerita yang pentinga happy :D

DAN rasanya tue jer boleh kue bebelkan hari ne, hari ne rasa penat sangat sebab semalam habiskan masa tidur download movie D.S tue akhir kata dari saya..... Walaikumsalam :)
 

Thursday 11 September 2014

Tak Bertajuk 11.09.2014

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ne, ada jer yang bermain di fikiran ne. Apa agaknya, dalam beberapa hari ne ada pula cuti sempena sukan. Macam baru jer masuk sem1 ne, tapi sekarang dah rasa macam nak habis sem pula. Tapi itu juga yang ku harapkan, Saya cakap macam ne bukanlah ada benda yang saya tak suka kat sini, kalau nak tahu saya suka sangat kat sini. Rasa happy sangat dapat masuk kat sini, banyak benda yang menarik dah jadi kan kan.. 

Hari ne saya update blog ne, sebab nak katakan sesuatu yang dah terbuku kat hari ne, kalaulah dapat baca hati ne, rasanya dah tebal dah cerita yang terbuku ne, dah berjilit-jilit dah. Tak habis-habiskan.. Sepanjang minggu ne, semua pnp bejalan macam biasa, takdah yang menarik sangat berlaku, cuma adalah dalam beberapa hari ne yang agak pelik berlaku. Apa yang berlaku ne saya tak naklah kata panjang-panjang, cuma timbul keraguan. Ini yang kawan saya perna kata pada saya, "macam manapun sayangnya kita pada seseorang ne, dan macam mana pun percaya kita pada seseorang, rasa keragua adalah harus, bukan sebab kita tak percaya, tapi untuk backup hati kita dari rasa lebih sakit kalau diperbodohkan"  dan kawan saya ne juga perna jadi part of my life story.. K.L.M.J pula..ahaha .. masa kat poli dulu macam-macam dah jadi. Walaupun tak semua benda yang baik. Apa yang jadi pasti ada sebabkan.

Belajar dari apa yang jadi, macam tuelah agaknya orang yang matang berfikirkan. Tapi saya ne dah cukup matang ka agaknya? sampai apa yang perna jadi terjadi lagi? macam tak perna sedar dengan apa yang berlaku pulakan. saya bukan nak kata apa, tapi saya tak tahu nak buat macam mana kalau dah sampai satu tahap tue, saya dah tak boleh fikir dengan betul. Sebab saya lebih pentingkan apa yang orang rasa berbanding apa yang saya rasa, terutama orang yang saya sayang . :')

Thursday 4 September 2014

Nama Di Beri S.W

Assalamualaikum ::

HeLLo ,, Memandangkan hari ne banyak juga masa yang terluang, jadi hari ne rasa ringan pula tangan ne nak update blog, daripada tak dah apa yang nak dibuat. saya nak cerita apa yang beraku beberapa hari ne. Kalau nak di ikutkan, tak dah juga yang menarik berlaku, semua yang jadi 2,3 hari ne semua menyakitkan hati. saya taknak kata semua tak baik, setiap keburukan yang berlaku ada sebabnya. mungkin apa yang jadi salah saya juga dan mungkin ada hikma di sebalik yang berlaku. hikma yang menyuru kue untuk bersabar. tapi nak ikutkan saya bukan nak kata apa, tapi dah cukup sabar dah,, dengan apa yang berlaku ne. Rasanya cukuplah nak bahas apa yang jadi tue, sebab tujuan saya nak update blog ne bukan nak merungut pasal apa yang jadi tuk beberapa hari ne, tapi tujuan sebenarnya saya nak cerita pasal someone ne, someone yang agak special juga lah~ .. "juga" tue tak maksudkan apa-apa okey :)  .. let's
me start

Nama diberi, ehh bukan,,, nama ku beri  "SweeT" (bukan nama sebenar ), for the first time I know her, itupun masa dah dia duduk kat barisan di depan. mulanya masuk kat sini saya tak perasanpun dia ne, apa taknya, kan kat sini BANYAK SANGAT PEREMPUAN yang enter stdy sini,, tuelah tak perasan masa MSK tue. bila dah start kenal dia ne, macam-macam dah cerita yang jadi. kalau nak kat cerita yang jadi ne semua baik tipu lakan, sebab banyak juga cerita tak baik di dengar jadi, senang cakap, macam banyak lagi cerita yang tak baik dari baik. orang kata, dimana pun kita berada mesti ada benda yang tak baikkan.
sebab benda tue dah tak boleh elak dah.

kalau saya nak kata banyak benda yang menarik jadi macam lain pula dah bunyi dia ne, nanti orang baca ni ingat saya ne syok sendiri lahh pula~ hoho .. nanti tuan punya badan ne baca tak habis-habis pula dia ketawa kannn ... nak di pendekkan cerita dia ne seorang yang happy go luck, bila dekat dengan dia ne rasa senang juga nak bergaul, senang mesra walaupun dia cakapkan yang dia sombong kunun kalau dia di kampung. secara kasar yang saya tengo dia ne taklah sombong mana pun, senang nak rapat adalah. Nak share cerita dengan dia pun senang. lagi pun dia ne seorang yang good looking a.k.a cantik gitue, ehe, taulah kan kalau orang dah macam tue mesti banyak peminat tue kan.
Sebab tue dia ne tak boleh di dekat nanti ada lagi orang yang salah faham.

Sepanjang kenal dia ne, belum pula ada benda yang annoying jadi, tapi tak tau la kalau dia ne, mungkin saya ne bikin annoying pula, siapa tau kan hati manusia ne lain-lain. apa lagi perempuan, susa nak di fahami. masa mula masuk kelas dan kenalkan diri, dia selalu juga jadi sebutan orang kat kelas ne, mungkin sebab dia ja kut yang rajin Tanya itu ini. tak macam yang lain yang nak kita kena intro dulu baru dorang nak cerita. masa kami jadi rapat pun tak tahu macam mana, enta macam mana cerita mula kami berkawan ne. mungkin semua mula dari wechat juga. dalam kelas dia seorang yang berpengaruh juga,yang suka berkwan, pemalu, bibiran(banyak cakap) ahaha, tapi yang pemalu tue saya tak tahu kenapa. dia cakap dia ne pemalu, dari apa yang saya Nampak taklah pemalu.

kadang kala, saya agak muskil juga dengan dia ne, bukan apa tapi.. "pokok takkan goyang kalau tak dah angin" .. macam tuelah juga cerita yang banyak saya dengar. tapi saya nak kata apa yang saya dengar tue saya pecayah sepenuhnyaa..tak macam tue okk, just lagi pun ia tak dah kena mengena juga dengan saya kan kan. walaupun ada sebilangan orang yang cakap lain-lain. ada jugalah dengar dari orang tertentu, tapi dorang pun macam berahsia .. saya tau juga apa yang kau tak tahu kunun :P

be honest maybe I like you, and maybe i'm not..  maybe I have some feeling to you, and maybe I like you but I don't know how to say..  and maybe you know, but you don't trust me right? .. never mind, kadang kala kita tak perlu bagi tau apa yang kita rasa, sebab semua tue tak penting pun, hati masing-masing, perasaanpun masing-masing, diam lagi baik kut .. :)

okey tue jer boleh kue kata hari ne.. akhir kata dari saya.. selamat beramal, dan walaikumsalam

Tuesday 2 September 2014

ohh Hati ~

Assalamualaikum ::

kalau dah pendam perasaan pada seseorang, orang kata tak perlu nak tunggu lama-lamakan. Datang trus jumpa dah bagi tau yang kita suka pada dia, sampai ada orang tue post kat moment tadi " dia terima atau tolak belakang cerita, yang penting dah luahkan apa yang dah terbuku di hati tue :) "
 
Hari ne saya bukan nak kata yang saya suka pada seseorang, dan bukanlah saya nak meluahkan perasaan ne. Cuma saya nak katakan, rasa yang tak berapa senang dengan apa yang berlaku sekarang. Nak kata suka memang senangkan, Tapi kenapa bila dah kata suka tue lain yang jadi. patutkah seseorang bagi harapan bila kita still ada hati dengan orang lain?
 
Bila masi ragu-ragu untuk buat pilihan, tak perlu nak bagi harapankan. Sayang memanglah satu perkataan yang muda untuk disampaikan, tapi kesan lepas apa yang kita sampaikan tue, truk bagi orang yang menerima ayat tue. bagi kita yang menyampaikan memanglah tak dah kesan, cuma kesan tue pada orang yang berharap. saya pun tak nak cakap banyak sebab takdah sesiapa yang tahu apa yang kita rasa. Sebab hati ne susa nak digambarkan. Secara kasarnya apa yang saya lihat pada dia, Dia macam tak dah perasaan, Mungkin ada benda yang dia tunggu, mungkin yang dia tunggu tue itu yang dia harapkan sangat. tak perlu nak teruskan hubungan kalau tak dah apa-apa perasaan dihati tue. Sebelum perkara tue jadi bertamba panjang baik putuskan secepatnya, semakin lama perkara tue terikat, ia akan menjadi lebih kuat, ia sama seperti dua pasang tali yang di ikat kedua-duanya, semakin lama tali tersebut ditarik, ikatan tue akan menjadi lebih kuat, ia takkan boleh terhurai lagi. satu-satu cara, cuma memutuskan saja. keadaan tali tersebut takkan mungkin sama lagi dengan bentuk yang asal pasti akan ada bekas tali tue terhurai dan serabut kesan dari tali yang di putuskan dengan paksaan, ia sama seperti hati seseorang, mungkin mulut ne katakana "semuanya baik-baik saja",, "saya ok, I hope you happy" .. itu yang mulut mampu katakana, tapi kita tak tahu apa yang hati rasakan, menahan setiap rasa tue seorang diri. sekeras manapun hati tue, pasti akan terluka, yang kesannya tak perna hilang.
 
Tunggu selagi boleh tunggu ok, jangan sampai apa yang kita tunggu jadi sia-sia. Selagi ada orang yang sayangkan kita, hargailah selagi ia masi bernafas. Sebelum yang dinantikan tak kesampaian, yang dipegang terlepas dengan kesalahan sendiri. "bila tak suka lepaskan, berhenti beri harapan yang kita sendiri tak tahu apa yang kita rasakan" ai muda, dan sakit yang akan ditanggung tak seteruk rasa diperbodokan ..
 
#TAKENOTE !!
 
Akhir kata dari saya .. maaf jika setiap apa yang saya sampaikan tak senang dimata korang ..
walaikumsalam ~

Sunday 3 August 2014

Time To Think = T³

Assalamualaikum 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, sedar tak sedar bulan ramadan dah lama habis. Sekarang dah masuk raya ke 6 dah. Tunggu raya ke 6 baru reti nak update blog ne. bz sangat ka? tak juga bz mana, kat rumah goyang kaki jer hee. goyang kaki kat rumahpun penat juga, taklah goyang kaki sangat. Disebabkan mak balik kampung awal dari yang dirancang jadi saya dan my kakaklah urus rumah tue. 

Raya tahun ne kalau kata meria tak juga, sebab tak dah yang menarik sangat nak dibuat. kawan kakak ramailah datang, girl² lagi tue. cuti kali ne seminggu jer, untuk yang kv pula dua minggu. tak sama kan. tapi bagus jugalah. boring juga kat rumah takdah buat apa². kalu balik hostel, dapat juga jumpa kawan. tak boring sangat. hee

Sebenarnya hari ne takdah la benda yang nak diceritakan, just nak mengarut ja. dah takdah apa nak buat.

Hari ne dah balik hostel, sampai tadi jam 13.00 gitu. Sampai bilik ja terus kemas baju. dah lah berat sangat bag tadi tue. rasa nak putus nafas pula naik angkat bag ne sampai aras tiga. Sampai aras tiga rasa macam nak putus nafas dah, apa yang difikir * kan bagus kalau ada orang tolong angkat bag ne* .. bila dah balik hostel ne rasa ada pula yang kurang, apa agaknya ya,,, kalau nak kata adda barang yang tinggal macam takdah pula. tapi lain sangat perasaan ne. bila mencari apa yang hilang tak pula ku temui. mungkin ia ada kaitan dengan hati .. * hati lagi, terus² hati, dah macam tak dah cita lain..* aha mungkin apa yang akan jadi dalam minggu ne dapatlah hilangkan perasaan ne. nak tunggu apa yang jadi ne terutama  pada " C DIA " .. siapa juga c DIA ne? sebenarnya saya pun tak tahu nak maksudkan siapa c DIA ne.. cerita akan mula tak lama lagi, mungkin kebenaranpun akan terdedah tak lama lagi. so takdah guna nak tipulah~  owya.. kalau kau tipupun tak dah kena mengena dengan saya. 

Cerita ne akan jadi menarik bila benda ne pelan² terbuka~ bukan nak jatuhkan kau. just for you on good. sometime we don't know went the time we will fall in love .. tapi yang pasti benda tue takkan jadi.. because i have someone to take care off .. 

Buat masa ne saya tak tahu nak kata apa tapi sedar juga benda tue akan pelan² muncul. apa yang muncul? saya pun tak tahu.

➡Ohkey itu jer lah nak mengarut malam ne, esok dah mula class dah. apapun jadi bila ia berlaku secara perlahan. tak perlu nak kelangkabut, nanti cerita tak kan jadi menarik..

Walaikumsalam :'D

Saturday 26 July 2014

Cerita Sepanjang Minggu Perkenalan ( Class IT1)

Assalamualaikum ::

Rasanya dah dekat seminggu saya kat sini. buat masa ne banyak benda yang berlaku, suka suki, duka duki, dan banyak lagi la, nanti cerita la panjang-panjang .. ada pesanan sikit dari lubuk hati ne yang terdalam ne * dimana pun kita berada pasti banyak dugaan yang akan dihadapi, so kena pandai cari teman pendamping * saya taklah maksudkan kawan kat sini tak baik, malahan mereka baik baik semua, satu kepala lagi walaupun tak satu umur. sama macam dengan kawan class dulu. bila bergurau dengan dorang, pasti teringat dengan ex classmet DPM. 

17 july 2014
➡ Hari ne class berjalan macam biasa, bagi minggu pertama pembelajaran di class sangat laaa best. apa taknya belajar benda barukan. untuk class pertama ne, dah di dedakan tentang kebaikan ambil cos ne, awal - awal lagi dah kena bagi tau yang cos ne tak dah masa depan, adaka patut. mulanya kena bagi tau yang cos ne banyak peluang perkerjaan tapi tak entah la kan, orang kata rezeki akan datang bagi orang yang rajin mencari dan berusaha untuk mendapatkan, tapi tawakal jagan lupa. bila dah habis bab pengenalan ne, subjek pengajian Am pula. masa subjek pengajian am ne rasanya dah terlepas cakap pula. *dia terasa ka tue ar?*  harap-harap lah tak, dahlah tercakap benda yang tak baik di dengar,. *sorry ya bagi tuan punya badan, tak sengaja terkata kasar huu*  

18 july 2014
➡ Hari ne macam biasalah, kena bagun awal tuk sahur, nasib baik dah juga orang yang tolong kejutkan tuk sahur, kalau tak mungkin tak terbagunlah ne. dia jer boleh harap, kalau bukan dia entah siapa lagi nak di harap. pasal bangun sahur ne pun ada juga cita yang funny. dulu mulanya cerita pasal nak kejutkan orang bangun sahur ne bukanlah macam sekarang. tapi dulu kalau dia nak kejutkan tuk bangun sahur tak terbangun pun orang tue. macam manalah nak terbagun kalau cara kejutkan orang tue bebisik ja. bayi pun tak terjaga juga kalau kena kejutkan macam tue. bila dah di tegur tue dia dah pandai nak kejutkan orang sahur. siap kena ninja lagi kalau tak bangun . hee 😊

21 july 2014
➡ Hari ne kena siap awal. kalau lambat nanti tak mandilah jawabnya ke kelas. taulah kat asrama tue pandai tak dah air. Hari ne minggu pertama. Macam biasa kalau hari isnin ne tak dah semangat nak ke kelas. tau la bukan orang yang pegi kelas ja malas, orang yang berkerja pun rasa benda yang sama. apa boleh buatkan dah tanggungjawab masing-masing. hari ne macam biasa ka kena kumpul jam 7.15 pagi tuk rokol. kalau nak ikutkan hari-hari pun ada rokol ne. serious ne benda ne leceh lahh, bukan apa bila pandang pada sudut positif rokol ne penting, ia dapat meningkatkan disiplin bagi seorang pelajar, kalau nak di ikutkan lagi ia memang baik. cuma bagi seorang macam saya ne, benda ne anggap macam remeh ja, ala bukan saya ja yang rasa macam tue, yang lainpun mesti rasa benda yang sama, taulah kan remaja ne tak suka buat benda yang menyusakan diri. apa lagi benda-benda yang berkaitan dengan peraturan ne. Tipulah kalau ada remaja yang suka. Skema mana pun pelajar tue tetap ada yang tak berkenan.
bila masuk kelas pula, mulalah tenggo sekeliling, bukannya nak cari orang pun, dah jadi kebiasanya tengo siapa yang takdah *padahal di cari sah- la tue ehehe*

 Dalam minggu ne, masa pnp taklah banyak, apa taknya dah dalam mood raya. dalam minggu ne juga banyak amali yang kami buat. best gila dapat study benda baru ne. untuk amali yang pertama ne pun semua berjalan dengan lancar. kenalanpun dah makin ramai. senang cerita semua berjalan dengan baik dan harap-harap semua akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. kami belum lagi sebulan bersama dah ada yang nak stop, sedi pula. nak nasihakan pun susa juga. masa yang terluang tue habis di guna kan tangkap pic. sampai kelas tue tak terurus dibuatnya dan saya tengo saja laa.. nak juga joint sekali, tapi tau lahh saya ne malas tue besar sangat. bukan tak bergaul dengan mereka, cuma mungkin bukan masanya. bila dah biasa nanti dapat la sama-sama dengan mereka. Puasa tak lama lagi habis. rasa tak best pula. tak dah semangat nak raya. (-_-)"

Rasanya itu saja tuk hari ne.. taknak cerita panjang-panjang nanti tak dah story tuk hari esok pula..


Take care you ... 😊


Saturday 5 July 2014

Cerita Semasa MSK

Assalamualaikum ::

helloo ,,, bila lama dah hilang, baru muncul lagi hari ne. itu pun sebab ada story nak share, sebab tue baru ada rasa nak buka blog ne.. ehe ..sepanjang minggu ne banyak benda yang berlaku, termasuklah bulan ramadan yang menjelang. rasa bersyukur sangat sebab di beri peluang menjalani ibadat ne lagi ..


1 july 2014 
➡ hari ini hari pendaftaran. wahh rasa malas betul masa tue, masa ne bulan puasa lagi. baru beberapa kali berbuka kat rumah dah kena berkuka kat asrama. Tak boleh nak buat apa, kena sambung stdy juga. Hari pendaftaran ne macam biasalah, pegi dengan mak and ayah. sampai ja, terus ke dewan tempat mendaftar. macam biasalah, mendaftar memang membosankan. ini first time pegi mendaftaran macam ne. banyak tempat nak pegi. lepas pegi kat meja tue, pegi meja ni. macam macam lah. sampai meja yang terakhir ne tempat pendaftaran jabatan. masa daftar jabatan ne lain pula yang jadi. ada ka patut encik tue tanya sebab masuk sini. ku buat tak tahu ja la..  habis pendaftaran ne kena daftar asrama lagi. habis daftar asrama, trus ke asrama. sampai buka puasa. ini pertama kali buka puasa di asrama

2 july 2014
➡ hari ne first time bersahur di asrama, sedinya. rasa nak balik ja sahur kat rumah. habis sahur terus ke masjid solat subuh dan kulia subuh. dalam fikiran ne mau tidur ja kerja. tapi apa boleh buat, bila MSK ne kena lah ikut jadual yang telah ditetepkan. jadul penuh dengan aktiviti. Pagi dan pentang ada riadah pula. bila dah kata riadah tue kena bersukan, mengeluh ja dalam hati " dalam puasa ne pun ada juga riadah " 

3 july 2014
➡ hari ne aktiviti macam hari hari yang lain jga. Macam biasalah, MSK kali ne msa bulan puasa, so tak bole buat banyak aktiviti. aktiviti dipenuhi dengan cerama ja la. tiba malam hari pula, aktiviti motivasi diri pula. bila sampai satu saat ne, ada seorang studen yang tersentu sangat dengan apa yang disampaikan. sampai saya dengar pun ikut sedih pula. tapi apa boleh buat, dah adat belajar untuk jauh dari keluarga.

4 july 2014
➡ hari ne acara penutupan minggu MSK, hari ne yang aku tunggu tunggu dari hari pertama msk, tak sabar nak habis msk, boleh balik rumah. buka puasa di rumah. tapi bila msk dah habis tak dapat pula nak balik terus, kena masuk kelas pula. bila dah tengo kelas rasa terujah pula nak stdy, tapi dalam masa yang sama miss dengan budak kelas masa firsttime masuk kelas di poli dulu . masa cepat berlalu. yang berlalu tue biarlah berlalu kan kan... 

oklah untuk masa ne, nak kemas baju, esok kena masuk asrama dah .. dan selama berpuasa 😉

Friday 7 March 2014

1st Part Time Job

Assalamualaikum


hye blogger ...How are you? I hope semua baik - baik saja .. macam saya, walaupun hari ne hati ne tak berapa baik.. tapi tak yala nak bahas pasal kenapa hati ne tak baik, takut nanti ada orang pula yang terasa, susa lagi. so hari nak cerita apa yang berlaku pada hari ne jer.

7 march 2014 .. hari start hari pertama saya kerja dia sebuah kedai yang terletak di....... . kalau ikutkan hati ne, malas sangat nak kerja ne. tapi disebabkan nak ............ terpaksa jugalah kerja walaupun kerja kat kedai ne taklah memenatkan sangat. ok hari ne mula kerja jam 10 am. sampai ja kedai tue terus kena bagi penggetahuan sedikit sebanyak tentang apa yang akan saya lakukan. Kawan sekerja semua baik - baik jer, (buat masa ne) dan saya harap semua memang baik insya-allah :)

semasa menjalan kerja tadi, adalah seorang hamba allah yang saya terpandang ne. Masa tue terpandang sepintas lalu jer. tapi rasa kenal pula, walaupun saya rasa saya kenal dia. tapi tue lah mengelakan dari PERASAN buat bodoh ja lahkann. lagipun kat dunia ne ada pelanduk dua serupa, so tak ambil tahu sangat. tapi bila dia dah datang dekat dan hulurkan ic dia tuk rujukan, tak sangka pula yang saya tak silap orang. saya kenal sangat dengan dia ne. dia ne ex bro saya dulu masa di bangku sekolah dulu. Dia tak sama dah dengan yang saya kenal dulu, mungkin dia semakin berisi dari masa sekolah. tapi tak mustahillahkan dah nak dekat 4 tahun berlalu. masa kat bangku sekolah dulu, saya tak suka sangat dengan dia ne ahaha jujur ok! tapi bila saya nampak dia tadi, dari perasan tak suka dengan dia tue dah tukar pula jadi something yang berbeza. dulu dia, kuat sangat menjeling ne, tapi sekarang dah suka sedekakan senyuman pula. tau juga senyuman tue cumil macam dia.. ahaha

Selain jumpa dengan orang tue, banyak juga kenal orang baru, terutamanya kenal someone ne yang saya sangkakan baru habis spm, tapi sebenarnya dia dah 25 tahun. patut lah bila saya tanya yang dia baru habis spm ketawa betul dia. mesti dalam hati dia tue "nampak muda pula saya ne hoho" .. hahaha gurau saja., tapi semua orang kat sana tue memang baik - baik jer. terutama kakak tue yang asik tanya apa yang saya tak faham. tapi dorang memang best lahhh ehehe.. tapi kenal dorang mungkin tuk hari ne jer kali.. esok tak tahu lagi .. kan... terpakasa nak buat keputusan yang sukar tuk malam ne....

and... oklahh itu jer untuk hari ne. penat sangat dah ne. nak pegi mandi dah tidur.. masa untuk lappy ne sampai sini jer la~ tak macam selalu yang 24 hour menghadap lappy jer. sampai mata ne rasa macam nak K.O ja~ .. lain kali ja lah dapat fix error dalam windows 8.1 ne..  :)

Cukuplah untuk Story of the future ne .. 

bubyeee .... walaikumsalam ..

Wednesday 1 January 2014

Permulaan cerita 2014

Assalamualaikum ..

Hari ne dah 1 January 2014, New Year dah. kemarin 2013 tapi hari ne dah 2014 dah. cepat sungguh masa berlalu. Rasanya dalam tahun ne apa agaknya akan berlaku? tak sabar pula nak jalani kehidupan ditahun ne.
mesti banyak benda menarik akan berkaku, sama juga benda yang mengecewakan. dua benda ne takkan lari dari hidup. apapun jalani dengan senyuman, kan awet mudah hehe.

Dalam tahun 2013, saya banyak habiskan masa dirumah dan di kundasang. rasanya dikundasang banyak benda yang menarik berlaku.

"bayu lembut melambung melalui buku gambar
ia membaca kepada saya cerita persahabatan itu sejak mula membuat masa depan,
saya tertanya-tanya apa jenis kawan saya akan membuat masa depan.
saya mula mencari kawan yang baik,

kita akan menjadi kawan baik?
dalam kebenaran, saya sedikit cemas
dan takut jika bersendirian sekali lagi.
bila mengenal kamu..
saya tidak boleh mengatakan bagaimana saya merasakan, tetapi hati saya menjerit..
saya ingin melihat lebih banyak dari langit biru yang bersinar bersama kamu..
itu tidak disediakan di halaman semalam dengan semua orang
saya ingin menjadikan air mata
hari itu ke dalam kehangatan
kisah masa depan kita akan berterusan selama-lamanya"

macam tu rasanya hati ini mengambarkan masa saya bersama kamu semua walaupun dalam tahun 2013 saya tak bersama kamu lagi.. tapi kamu tetap kawan yang baik bagi saya.. 
dalam tahun 2014 ne rasanya banyak benda yang kena di selesaikan...

apa-apapun The Story of the Future takkan terhenti sampai sini ja, kecuali masa saya untuk pegi dah sampai... 

happy new year all ..!
Walaikumsalam

Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....