Saturday 24 December 2011

Apa itu Hati, dan Apa Pula Itu Perasaan?

assalamualaikum dan selamat pagi ::
Entry saya kali ne tidak ada apa-apa yang nak diceritakan...cuma nak luahkan perasaan ja di blog ne... jujur saya sakit hati buat pertama kalinya... dan merasa macam mana rasa bila kita menanti seseorang yang ada dihati., memang sukar untuk diluahkan,apa yang saya dapat buat..post ja kat blog..ramai orang kata Han better jujur, Han terus terang ja,Han..Han.Han..arr STOP! Memang betul apa yang kawan-kawan saya cakap, tapi saya tidak boleh bagi tau..saya tidak mahu Gurl tu terima saya sebab kesian!! arr tak kesa la... saya cuma nak nampak gurl tu happy and terus tersenyum walaupun untuk orang lain, janji diorang happy..saya pun ikut happy walaupun hanya senyum paksa..ada satu ayat yang saya terbaca, ia berbunyi begini "cinta sejati ialah bila seseorang relah melepaskan pasangan dengan orang lain" kalau macam ne baik jangan couple.. pasangan tu happy..yang kita dapat apa? makan hati + tekanan jiwa..itu la yang dapat.. 
Saya tidak nafikan juga., ayat tu memang betul..tapi tidak semua pasangan sangup buat macam tu,apa lagi melepaskan orang yang da jadi sebahagian daripada diri. Tapi kalau orang da tak suka takkan nak paksa kan,dia tidak happy dengan kita,jadi lepaskan ja la dia pergi dengan orang yang dia rasa boleh happy.. kalau halang pun,hubungan tu takkan kemana,yang dapat hanya sakit hati ja.. jadi penyelesayannya jangan couple..itu pun kalau boleh lah~ .. Soal hati memang pelik, macam-macam boleh jadi..tampa dirancang dan kehendak,ia boleh berlaku bila-bila masa. Kan ada lagu Two Is Better Than One. lagu tu da cukup membuktikan yang setiap orang perlukan pendamping yang boleh menemani di setiap saat,tak kira la masa suka atau duka,boleh membuat pasangannya happy bila bersama.. setiap pasangan nak kn yang terbaik,saya pun tipu la kalau saya tak inginkan yang terbaik untuk saya..Tapi saya tahu setiap kekurangan yang ada dalam diri saya yang membataskan saya untuk mencari pasangan yang sempurna. PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK. Tapi bagi saya semua gurl yang saya suka saya rasa terlalu baik untuk saya ne..sampai rasa ragu-ragu bila nak luahkan sesuatu..
Kadang kala saya terfikir masa saya sekolah menegah,saya langsung tiada hati dengan perempuan,cuba la masa tu saya rasa sampai sekarang yang angap semua perempuan hanya kawan kan best,tidak juga saya rasa sakit hati macam ne. Sampai bila juga saya nak macam tu kan. Saya nak rasa juga macam mana indahnya cinta tu (INDAH LA SANGAT!!!!). cinta..kebahagian yang sementara kalau tidak SEKUFU.. Tahu tak apa itu SEKUFU . 

Sabda Baginda Rasulullah SAW:
Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?” Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

 Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud: 
“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”
(Riwayat Hakim: 2/163)
Erti kata lain sekufu ne ialah persamaan di antara calon suami atau isteri daripada beberapa sudut iaitu:

  • Beragama yang baik
  • Perkerjaan
  • Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkwinan. 

 Buat masa ne itu sahaja yang saya dapat kongsi dengan korang. memang betul apa yang orang cakap, setiap orang akan merasa macam mana rasa indahnya cinta dan macam mana sakitnya cinta..semua tu akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan menilai pasangan kita yang boleh diharap atau tidak. kalau ada seseorang yang sayang dengan kita., jangan lepaskan, belajar untuk terima kewujudan dia dia hati,pasti kamu akan bahagia,. daripada kita menyayangi orang yang tidak pasti dia menyayagi diri kita. hanya akan rasa sakit hati dengan penantian untuk cinta kita di balas... 

" Soal Hati Dan Perasaan,Bukan Satu Permainan Atau Persendaan"

4 comments:

Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....