Monday 26 December 2011

Bercerita Pasal Hadirnya Rindu Dan Cinta..

Assalamualaikum:
Hari ne saya tidak tahu nak buat entry apa untuk dikongsi pada hari ne. Apa-apapun saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk updt blog pada hari ne. Masuk hari ne da nak masuk semingu dia kat KL, rindu pula saya kat dia. Bercerita pasal rindu ne, korang rasa tak pelik ka? macam mana boleh wujud perasaan rindu ne? rasa lucu pun ada, "macam mana lah saya boleh rindu kat dia ne", itu lah yang orang selalu cakap kalau dah rindu seseorang buat pertama kali. Ikut pengetahuan saya, Rindu ne boleh wujud kerana terlalu mencintai seseorang. Terkadang rindu dibaluti sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang berlebihan dalam mengungkapkan kalima rindu sehingga melakukan batas yang diletakkan oleh syarak. Tapi saya tak lah maksudkan setiap ungkapan rindu yang kita sampaikan tu sesuatu yang tak baik dan yang menjijikan.kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijakan sesuatu yang baik bagi sang perindu.
Macam yang kita ketahui, Rindu merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta.Maksudnya, bila cinta mula mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya. Setiap manusia dilahirkan berdasarkan kecintaan dan kerinduan. Bagi saya sendiri rindu sesuatu yang menyeksakan diri.Kadang kala saya terfikir mestika rindu ne wujud? harus ka? lantas hati kecil ku menjawab " YA!!! memang HARUS kerana perasaan mu yang begitu kuat terhadap seseorang yang begitu istemewa yang menyebabkan rindu itu wujud, kalau la orang tu tak penting maka rindu terhadap dia takkan perna wujud di hati" Mendengarkan kata hati yang berbisik, Ya!,, dia memang istemewa dia hati saya, tapi saya tak berdaya untuk mengatakan apa yang saya rasa sekarang pada dirinya. Saya hanya mampu menyembunyikan perasaan ini agar dia tidak berasa jangal bila saya memberitahu kepadanya yang SAYA RINDUKAN DIA. Setiap kali saya berbalas teks dengan dia masa tu saya cuba katakan yang saya rindu kan dia, Tapi saya tiada kekuatan untuk mengatakan, Saya selalu bertanya dengan hati kecil saya " ada ka dia rasa macam apa yang saya rasa sekarang? rindu kepada saya?" hati kecel ku menjawab "emm no koment.!!." Jadi saya tak berani untuk mengatakan kepadanya. 
Rindu wujud bila adanya cinta, dan cinta wujud bila adanya?
Saya pun susa nak jawab kewujudan cinta. Semua perkara seperti Rindu, dan Cemburu bermula dari pada C.I.N.T.A. Ramai orang kata kewujudan cinta bermula dari MATA TURUN KE HATI. Jadi untuk orang yang kurang upaya(penglihatan) pula macam mana? ada  sesiapa yang boleh jawab? Kesimpulanya, kehadiran cinta ini wujud tidak diduga. Ada orang kata yang cinta ini VAIRUS. Macam-macam jawapan yang akan keluar bila bercerita tentang cinta,  dan macam-macam juga pertanyaan akan timbul tentang cinta. Saya sendiri masi lagi tidak paham erti sebenar cinta ini. Kalau ikut pemahaman saya,cinta itu seperti makhluk yang akan tingal di hati bila berjumpa dengan seseorang yang boleh menbuatkan kita happy bila bersama dengannya. Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi tentang cinta dan rindu ini. Saya cuma nak kongsi apa yang saya rasa tentang cinta dan rindu. 

Sekarang jam tepat-tepet pukul dua pagi, Time to sleep. Alang-alang dah nak tidor ne. Saya nak bagi tahu yang saya rindukan dia, Saya harap sangat dia ada masa untuk jumpa saya bila dia dah balik dari KL nanti. Lagi pun Saya jenis orang yang tak suka mendesak, kalau dia ada masa untuk saya ada lah tu kalau tak dah pun takpa saya paham. Bila saya dapat jumpa dengan dia, saya akan bagi tau yang saya rindukan dia sangat...sangat. ..                            Buat masa ne..sampai sini saja yang boleh han kongsi..Ada masa kita akan jumpa di entry akan datang... 


"Soal Hati Dan Perasaan, Bukan Satu Permainan Dan Bukan Untuk Persendaan" 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....