Sunday 8 January 2012

kisa di 2011

Assalamualaikum dan selamat pagi::
Rasa lama sangat dah tak updt blog ne, kalau nak katakan bz tak juga sebab ada masa lagi nak main game. Bukan saya tak nak updt blog ne cuma tak tahu apa yang nak diceritakan, takut ada pula orang yang muak baca entry ne... apa tidaknya,, asal buat entry mesti cerita pasal cinta-cinta ne., Tapi nak buat macam mana kan, Hidup saya sekarag terlalu banyak konflik, dan sesuatu yang rumit untuk dijelaskan, sebab semua berkaitan dengan hati. Niat tahun ne nak kurangkan semua benda ne. Kalau nak hilangkan, memanglah agak mustahil untuk saya, jadi saya mampu kurangkan sebanyak mana yang saya mampu.
Sekarang dah 8 januari 2012 dah. ada seminggu dah saya hidup di 2012 ne. Dah sebulan dah dia pergi meninggalkan saya. Hari ulang tahun dia pun baru juga limpas pada 31 disember 2011. Rindu sangat saya dengan dia, Banyak sangat persoalan yang buat saya tertanya-tanya, dan ada benda saya nak bagi tau dia. Kalau boleh saya nak jumpa dia, kejab pun tak pah!! asal dapat tengo senyuman dia, da cukup untuk buat saya happy. Saya sedar, saya cuma orang biasa yang sering buat silap,dan terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Sebab sering buat silap tu la saya tak dapat luahkan apa yang saya rasa, Tapi tak pa la, saya yakin yang dia happy di tempat baru dia,saya doakan dia ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman(amin). Emo la pula, 2011 dah berlalu, kenangan pun da tingal kenangan, kalau ingat-ingat balik segala peristiwa yang berlaku, rasa nak gelak pun ada juga, terutama time kerja kat 0ne Stop dulu. Masa tu lah banyak sangat konflik yang berlaku. Mulut orang susa sangat nak suru diam, tak da kerja lain tau nak mengata ja. Selain itu, satu perkara yang tak mungkin dapat saya lupakan apa bila hengak balik kerja, masa tu baru jam 9.00pm. hati memang rasa tak sedap hati, enta kenapa nak sangat pegi cayber pada malam tu. Sibuk sangat layan FB sampai tak sedar dah jam 11.00pm. Keluar saja dari cayber tu terus stay kat bas stop, masa tu niat nak tungu kawan, tapi tak sangka pula, lain yang ditungu lain pula yang datang, masa tu gelap, lampu jalan pun tak menyala. ada dua orang datang dekat dengan saya, masa tu menang tak sedap hati. tekejut bila yang satu orang tu dah pegang tangan saya, dan yang seorang lagi da keluarkan pisau. masa tu tak tahu nak buat apa, bila hp saya dan duit RM 2**.**  dah kena ambil. Bila saya cuba melawan, tak sangka pula dah tangan kanan saya da terkena pisau, " Jangan bertindak kasar, kami boleh bertindak lebih kasar" itu yang dia beritahu. Jadi sebelum apa-apa terjadi beter diam-diam ja la..
 Kawan yang saya tunggu pun menghampiri, dua orang tu pun terus pergi. Kawan saya pun dah dekat dah dengan saya. luka yang terkena pisau tadi pun saya dah tutup guna tuala kecil, tapi tak sangka dia dapat tengo luka tu, Apa yang saya boleh cakap masa tenang ja. Kawan saya dah sumpa-sumpa pencuri tu, masa tu memang nak gelak, tapi darah pun da banyak sangat keluar, kena-kena lagi saya orang yang tak boleh tengo darah. Rasa nak pitam pun ada , masa tu memang da tak tahan, rasa takuk nak balik rumah dengan keadaan saya yang macam tu. "habis la...habis la..." itu ja yang saya fikir dalam perjalanan nak balik ke rumah. Sampai saja di rumah, mak da mula heran bila nampak saya ketakutan, apa lagi nampak tuala yang penuh dengan darah. Masa tu mati-mati saya ingat nak kena marah.Siap saja mandi, terus dapat call dari kawan, tak sempat nak ucap salam dah dia teriak-teriak, tanya pasal keadaan saya., sampai dia suru bapa dia pegi dekat bas stop tu. Nangis-nangis lagi.. masa tu memang rasa nak gelak. satu perkara yang saya terfikir, "walaupun da jadi macam ne, tapi saya happy dapat kawan macam dia ne, walaupun da perna buat dia nangis "
 Kalau nak cerita memang panjang. Mungkin dah boleh buat buka dah yang bertajuk '' About My Life"   :-P  (hahaha).. Dah jam 4 pagi dah ne.. time to sleep.... "plik tapi benar, asal buat entry ja mesti tenga malam buta,'' tak kesa la..
           Wasalam n mat pagi :-P

"Soal Hati Dan Perasaan, Bukan Satu Permainan Dan Bukan Untuk Persendaan" 
 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum, saya betul betul tak tahu apa yang dia fikir, kesenagan dia dulu ka atau keselamatan ! entah apa bodoh sial gaya macam tue....